Kelaziman am Wikipedia:Cara pemilihan nama

Huruf kecil untuk semua perkataan kecuali perkataan pertama

Kelaziman: Jangan gunakan huruf besar selain daripada perkataan pertama, kecuali perkataan itu merupakan kata nama khas (umpamanya, nama seperti Yosri) atau jika perkataan itu memang sudah biasa digunakan dengan huruf besar (umpamanya, Art Nouveau, tetapi bukannya Komputer Peribadi).

Disebabkan batasan teknik perisian MediaWiki, huruf pertama untuk tajuk rencana selalu memerlukan huruf besar. Biasanya, ini tidak merupakan masalah, tetapi ia menjadi masalah sewaktu huruf pertama untuk kata nama khas memerlukan huruf kecil (umpamanya, eBay). Huruf pertama untuk pautan dalaman Wikipedia tidak memerlukan huruf besar dan pembaca akan dituju ke halaman yang sama (umpamanya, komputer peribadi atau Komputer peribadi boleh ditukar ganti, jika perlu).

Bagaimanapun, suatu cara pengubahsuaian telah dicadangkan untuk mengatasi masalah ini bagi mereka yang ingin mematuhi kaedah yang lebih lazim untuk penamaan tajuk rencana. Sila lihat: Kepekaan kes huruf dan pencarian

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat Wikipedia:Tajuk rencana (Penulisan dengan huruf besar) dan Wikipedia:Kanonikalisasi.

Utamakan kata nama mufrad

Kelaziman: Secara am, ciptakan tajuk halaman hanya dalam bentuk kata nama mufrad, kecuali kata nama itu selalu digunakan dalam bentuk majmuk.

Gantikan adjektif dengan kata nama

Kelaziman: Adjektif (seperti automatik) untuk tajuk satu perkataan harus digantikan dengan kata nama (bagi contoh ini, automasi).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat Wikipedia:Tajuk rencana (adjektif)

Gunakan perkataan bahasa Melayu

Kelaziman: Namakan rencana anda dalam bahasa Melayu dan bubuhkan nama aslinya dalam ayat pertama dalam rencana anda, kecuali perkataan asli lebih biasa digunakan berbanding perkataan bahasa Melayu.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (gunakan bahasa Melayu)

Gunakan nama yang paling biasa untuk orang dan benda

Kelaziman: Gunakanlah nama yang paling biasa untuk orang dan benda, jika nama itu tidak bercanggah dengan nama orang atau benda yang lain.

Rasional dan selok-belok sebenar: Wikipedia:Tajuk rencana (kata nama am)

Gunakan nama tajuk yang padat, hanya jika boleh

Kelaziman: Jangan gunakan nama tajuk yang kabur seolah-olah nama tajuk itu tidak mempunyai makna yang lain. Jika semua perkataan yang boleh digunakan mempunyai makna berbilang, amalkanlah peraturan ikut kebiasaan dan menggunakan istilah yang lebih dikenali.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (ketepatan) dan Wikipedia:Nyahkekaburan

Utamakan frasa berbanding akronim

Kelaziman: Elakkan penggunaan akronim untuk penamaan tajuk rencana, kecuali nama itu biasa dikenali hanya dalam bentuk akronim dan diketahui secara meluas dalam bentuk itu (umpamanya, NATO, IBM).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia:Tajuk rencana (akronim)

Penggunaan "dan"

Kekadangnya, dua atau lebih konsep yang saling melengkapi atau amat berkait lebih sesuai untuk dibincangkan dalam halaman yang sama, berbanding satu halaman untuk setiap konsep itu. Jika boleh, gunakanlah nama yang merangkumi semua kes. Sebaliknya, jika ini tidak dapat dilaksanakan, gunakanlah nama masing-masing dan sambungkannya dengan "dan". Contoh: Akronim dan parap, Pioneer 6, 7, 8 dan 9, Kenaikan dan penurunan pangkat. Ciptakanlah halaman yang berasingan untuk setiap perkara atau benda (umpamanya, Pioneer 8), dan alihkan halaman itu ke halaman tajuk gabungan (atau melalui pautan dari halaman nyahkekaburan). Jika tidak terdapatnya susunan yang ketara, letakkanlah nama yang lebih biasa ditemui di hadapan (jika sesuai), dan ciptakan nama gabungan yang terbalik sebagai halaman peralihan (umpamanya, Parap dan akronim untuk halaman Akronim dan parap).

Jangan gunakan "dan" untuk menghasilkan pendirian berat sebelah; umpamanya, jangan gunakan tajuk Islam dan terorisme, tetapi gunakanlah Terorisme pelampau Islam.

Jangan gunakan nama rencana yang membayangkan hierarki rencana

Jangan gunakan Malaysia/Pengangkutan sebagai ganti untuk Pengangkutan di Malaysia, walaupun Pengangkutan boleh dianggap sebagai sebahagian perkara Malaysia. Batasan ini disebabkan oleh perisian Wikipedia yang akan mencipta sebuah subhalaman apabila tajuk rencana mengandungi garis condong "/". Bagaimanapun, anda boleh menggunakan garis condong untuk halaman pengguna dan halaman perbualan pengguna.

Berhati-hati terhadap penggunaan aksara khas

Sebilangan aksara khas tidak boleh digunakan ataupun akan menimbulkan masalah. Umpamanya, anda tidak boleh menggunakan aksara paip (|), tanda kurung kerinting ({}), atau tanda kurung siku ([]) untuk tajuk rencana.

Tajuk rencana juga tidak boleh bermula dengan kod pautan antara bahasa yang diikuti oleh tanda titik bertindih. Umpamanya, sebuah halaman dengan tajuk FR:contoh akan menghasilkan ralat "tajuk buruk"; serupa juga dengan pautan antara wiki.

Untuk nama asing yang menggunakan tanda diakritik, sila lihat Wikipedia:Tajuk rencana (gunakan bahasa Melayu).

Sila lihat Wikipedia:Tajuk rencana (batasan teknik).

Elakkan penggunaan aksara bukan abjad angka untuk penegasan

Untuk memeliharakan kefungsian pengindeksan abjad serta mengelakkan halaman peralihan yang tidak perlu, tajuk halaman harus tidak bermula dengan aksara bukan abjad angka jika aksara itu hanya digunakan untuk penegasan. Ingatlah juga bahawa Wikipedia bukan sebuah koleksi petikan berasingan; itulah bidang Wikiquote. Jika sepatah petikan wajar digunakan untuk mencipta sebuah rencana baru, jangan gunakan tanda petikan untuk bermula nama tajuk halaman itu; anda cuma diperlu memasukkan petikan sahaja.

Aksara abjad bukan angka mungkin masih sesuai jika istilah biasa untuk rencana itu dinyatakan dalam bentuk frasa bukan abjad angka. Dalam kes-kes ini, aksara-aksara itu bukan digunakan hanya untuk penekanan. Sebuah halaman peralihan mungkin amat membantu dalam kes-kes tersebut.

Contoh tajuk rencana yang tidak betul: ****Ensiklopedia**** , !Senarai perkara yang saya suka, seperti "Memancing Ikan".Contoh penamaan abjad angka yang betul: *69Contoh tajuk rencana petikan yang betul: Jadi atau tak jadi, Cogito ergo sum.